Memaparkan catatan dengan label Parti Ajaran Sesat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Parti Ajaran Sesat. Papar semua catatan

Selasa, 26 Februari 2013

Manifesto Bukan Janji-Pakatan Hancurkan Rakyat



Analisis awal intipati ‘Manifesto Bukan Janji’ PR :

1) Caruman Wanita & Bantuan Warga Emas
Mahu dilaksanakan di peringkat persekutuan, namun tawaran sebegini telah ada pada Manifesto PR Selangor pd PRU-12 namun adakah terlaksana?
Mencarum takaful RM2500 utk warga emas, memberi elaun ibu tunggal dan memberi elaun khas kepada suri rumah, sudah hampir hujung penggal, mana pelaksanaannya?

Peringkat negeri pun tak terdaya, inikan pula peringkat persekutuan!

2) Islam Agama Persekutuan- Di mana Hudud?
Apakah selama ini BN tidak menjunjung Islam sebagai agama rasmi persekutuan? Persoalan utama, di manakah pelaksanaan huhud yg dicanang-canang oleh PAS? Tiada langsung komitmen ke arah pelaksanaan hudud disebut dalam manifesto ini, adakah PAS terpaksa melupakan asas perjuangan mereka dek kerana tekanan dari DAP dan PKR?



Semua maklum, pertelagahan isu hudud dalam PR sangat kronik terutama antara DAP dan PAS! Akhirnya, PAS terpaksa mengaku kalah!

3) Gaji Minimum RM1,100??
Apakah PR terlepas pandang bahawa komitmen ini sedang dalam proses pelaksanaan. Kementerian Sumber Manusia bersetuju melaksanakan gaji minimum pada kadar RM900, kadar yang berpatutan mengikut kemampuan industri, apakah PR semberono menaikkan kadar kpd rm1100? Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia pernah menyarankan sekiranya kadar minimum ditetapkan tinggi ianya akan membawa kesan negatif kepada perniagaan dan boleh menyebabkan gulung tikar.

Tidak gentarkah sokongan Cina hilang wahai pemimpin PR?

4) Tawaran 'Hapuskan' dominan!
Projek Lynas, projek RAPID di Pengerang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), konsesi-konsesi tol, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan PTPTN adalah antara yang ditawarkan untuk dihapuskan sekiranya mereka berkuasa. Tawaran mereka ini hadir tanpa sebarang mekanisme yang jelas! Kata mahu mewujudkan 1juta peluang pekerjaan namun segala projek dan agensi yang dikatakan 'milik kroni BN' hendak dihapuskan, apakah nasib-nasib pekerja di situ? Adakah ini dinamakan 'Kerajaan Rakyat'?

Ingatan buat PR, jangan terlalu buas menawarkan pelbagai penghapusan, takut nanti, rakyat sendiri menghapuskan kalian!

5) Hapus dan Batalkan AES
Ini adalah tindakan populis! Siapa kata tiada pendekatan pendidikan dan amaran berkenaan keselamatan jalan raya selama ini? Apa pula method pendidikan dan amaran berkesan yang hendak dicadangkan PR? YB TG Nik Aziz, apakah pula ilmu yang hendak diajar apabila kes salah laku lalu lintas ini boleh 'dimaafkan'?
Soal ratusan nyawa hilang di jalan raya, memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat, tindakan ini sebenarnya menunjukkan PR tamak kuasa hingga hilang nilai nyawa rakyat jelata!

6) Perumahan Selesa?
Di Pulau Pinang, Laporan Audit Negara mendapati tiada langsung rumah selesa mampu milik dibina. Malahan, golongan berpendapatan sederhana didapati sukar membeli rumah kerana purata harga rumah dijual pada RM400,000 ,RM600,000 dan RM 1juta. Di Selangor pula, Projek Datum Jelatek adalah bukti jelas komitmen PKNS telah jauh songsang dari matlamat asal penubuhannnya. Harga dari serendah RM700,000 kepada jutaan ringgit, inikah terjemahan 'rumah selesa mampu milik' oleh PR?

7) Turun Harga Kereta
Kata hendak tingkatkan kualiti pengangkutan awam supaya rakyat tidak lagi bergantung kepada penggunaan kereta, namun dicadangkan juga harga kereta turun supaya rakyat mudah beli, di manakah fokus pelaksanaan PR ini?
Kemudian, dalam tawaran PR kali ini, langsung tidak dinyatakan komitmen untuk meningkatkan kualiti jaringan trafik dan lalu lintas, bayangkan apabila harga kereta turun rakyat mudah beli, apa akan jadi pada jaringan lalu lintas yang sudah sedia padat ini? Tambah masalah baru adalah hobi PR!
Seperkara lagi, menggalakkan rakyat berhutang atas liabiliti kerana semurah mana pun harga kereta, kereta masih satu liabiliti ! Ini ilmu apa pula yang hendak diajar kepada rakyat ?



sumber dari : Hulubalang Kanan

Jumaat, 30 November 2012

#PAU2012 Pembahas,jangan buang masa perwakilan!

Salam 1 Malaysia,

Hanya nak menyampaikan apa yang disampaikan oleh teman baik hanturaya iaitu hantu tetek yang dah bosan mendengar ayat dari pembahas sama ada dari Pemuda,Puteri dan Wanita dan juga dari pembahas dasar Preseiden semalam iaitu Anwar Ibrahim dan mohon PAS sedar.

Bagi hanturaya perlukah menyebut nama Anwar Ibrahim tu dalam Perhimpunan Agung UMNO?Kalau sebut sekali takpe ini berkali-kali disebut oleh perwakilan yang berucap..hanturaya teringat atuk hanturaya pernah sebut kalau nama seseorang itu disebut berkali-kali maksudnya kita menyeru seseorang itu bahkan akan bertambah aura is polan tu.Memang tak dinafikan bahawa is polan tersebut merupakan antara cabaran dan musuh utama kepada UMNO/BN tapi cabaran utama parti adalah ahli-ahli parti sendiri, iaitu menyatukan ahli-ahli parti rapat dalam barisan, bersedia untuk mempertahankan parti keramat ini.Tidak kurang juga cabaran parti untuk mendapatkan sokongan dan undi rakyat Malaysia yang bukan dikalangan ahli UMNO semasa PRU nanti.

Satu lagi ayat yang kerap disebut ialah, 'mohon PAS sedar'.Sebenarnya PAS memang sedar,tetapi demi kepentingan politik dan juga ketamakkan kuasa 'perkahwinan' itu tetap diteruskan.Dalam PAS seperti yang diketahui terdapat dua puak iaitu ulamak dan profesional (Erdogan) yang cenderung kepada Anwar.Puak ulamak juga bila dilihat sekarang ini pun berpecah apabila dikatakan unsur-unsur Syiah mula menyusup masuk ke dalam PAS.Cukuplah,dah terlebih ulas pasal PAS pulak dah hanturaya ni.

Setahu hanturaya,masa perbahasan untuk setiap pembahas hanyalah 15minit.Jadi gunakanlah masa tersebut sebaik mungkin dan jangan meleret-leret membodek pemimpin sana-sini hingga mengambil masa pembahas lai.Bincang dan berbahaslah bagaimana untuk menawan dan menarik hati pengundi di luar sana,semoga parti keramat UMNO akan kekal relevan sepanjang zaman!

Ayuh STOP R!(Saya Tolak Pakatan Rakyat)


P/S:teringat lagi Nirwana Band
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, 20 Mei 2012

Pesanan untuk Abby Abadi- NAK CUCI DOSA JANGAN MASUK PARTI AJARAN SESAT!

Dah jadi trend pulak sekarang ni artis-artis yang suam-suam kuku masuk PAS, yang sebelum ini seperti yang diketahui artis-artis seperti Aishah, Sham Kamikaze dan Pelawok Bob Lokman yang nampak aktif berceramah untuk PAS. Masih terngiang di telinga ni sorang mamat artis tu menyalahkan UMNO/BN pasal anak-anaknya jahil tentang agama walhal dia sendiri yang jahil dan gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa.Hantu Raya memang kesian pada Abby Abadi yang menjanda selepas perpisahan dengan Norman Hakim ibarat layang-layang putus tali dan nampak rezeki dalam lakonan pun berkurang dah.Nantilah aku pinang jadi bini no empat aku HAHAHAHAH. Pesanan kepada semua kalau nak bertaubat dan berubah tu pilihlah jalan yang benar.Kalau sertai parti politik yang bertopengkan Islam tu tak menjaminkan syurga buat kita bahkan boleh menghantar kita ke neraka kerana ditonggeng mereka untuk berceramah menarik pengundi untuk pilihanraya yang bakal muncul ni.Aku tengok PAS sekarang semakin galak menarik "ikon" sertai mereka sebagai satu strategi bagi memancing undi.Bagi artis-artis ni pulak munmgkin sebagai satu platfom bagi mereka menaikkan kembali 'rating' kepopularan mereka yang hampir nak basi tu, mana tau ada peluang jadi calon pilihanraya pulak.  Pesanan buat Abby Abadi. Aishah dan artis-artis lain juga kalau dah bertaubat tu pilihlah jalan yang benar,yang duk asyik berceramah 'cari makan' tu cukup-cukuplah buat fitnah, macam mana taubat nak diterima kalau hari-hari bergelumang dengan dosa menabur fitnah. Walaupun aku ni hantu, tapi aku tahu hukum-hakam ajaran Islam yang mana Allah memberi kita akal untuk berfikir. Mari kita lihat video Youtube ni