Memaparkan catatan dengan label ketua pemuda umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ketua pemuda umno. Papar semua catatan

Jumaat, 30 November 2012

Rakyat Selangor dah kena dengan @khalid_ibrahim dan Pakatan Haram!

Selaku rakyat negeri Selangor, hanturaya nak berpesan kepada orang-orang di negeri lain yang bercadang untuk membuat eksperimen menukar kerajaan jangan memperjudikan masa depan negeri anda.

Seperti lirik lagu kumpulan nirwana band 'Sudah cukup sudah,cukup sampai disini saja..' Cukuplah dengan apa yang berlaku sepanjang pakatan haram mentadbir negeri Selangor ini.Daripada isu sampah,penjualan tanah-tanah milik Yayasan Selangor, isu murtad dan banyak lagi yang sudah kita sedia maklum.Bau-baru ini sekumpulan ibu tunggal di Selangor menuntut dari Kerajaan Khalid Gagap. Elaun yang dijanjikan dalam manifesto PRU ke 12 yang lalu yang mana masih belum ditunaikan.Bukan nak cakap apalah, bukan elaun ibu tunggal sahaja malahan semua yang tersenarai dalam manifesto mereka masih belum tunaikan lagi!Khalid Ibrahim sendiri pernah memberikan kenyataan bahawa manifesto bukanlah janji!Nah kalau macam tu BUKU JINGGA tu maksudnya BUKU JANJI KOSONG lah.

Seperti yang disarankan oleh Dato Sohaimi Shahadan dalam Perhimpunan Agung UMNO hari ini yang mana beliau merupakan Pengerusi GPRS dan Ketua Pemuda Selayang, tunjukkanlah manifesto seperti yang dilampir dalam artikel ini kepada rakyat di kawasan masing-masing janji-janji kosong Pakatan Haram yang belum ditunaikan.

BN 4 Selangor!
Hidup UMNO!Hidup BN!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#PAU2012 Pembahas,jangan buang masa perwakilan!

Salam 1 Malaysia,

Hanya nak menyampaikan apa yang disampaikan oleh teman baik hanturaya iaitu hantu tetek yang dah bosan mendengar ayat dari pembahas sama ada dari Pemuda,Puteri dan Wanita dan juga dari pembahas dasar Preseiden semalam iaitu Anwar Ibrahim dan mohon PAS sedar.

Bagi hanturaya perlukah menyebut nama Anwar Ibrahim tu dalam Perhimpunan Agung UMNO?Kalau sebut sekali takpe ini berkali-kali disebut oleh perwakilan yang berucap..hanturaya teringat atuk hanturaya pernah sebut kalau nama seseorang itu disebut berkali-kali maksudnya kita menyeru seseorang itu bahkan akan bertambah aura is polan tu.Memang tak dinafikan bahawa is polan tersebut merupakan antara cabaran dan musuh utama kepada UMNO/BN tapi cabaran utama parti adalah ahli-ahli parti sendiri, iaitu menyatukan ahli-ahli parti rapat dalam barisan, bersedia untuk mempertahankan parti keramat ini.Tidak kurang juga cabaran parti untuk mendapatkan sokongan dan undi rakyat Malaysia yang bukan dikalangan ahli UMNO semasa PRU nanti.

Satu lagi ayat yang kerap disebut ialah, 'mohon PAS sedar'.Sebenarnya PAS memang sedar,tetapi demi kepentingan politik dan juga ketamakkan kuasa 'perkahwinan' itu tetap diteruskan.Dalam PAS seperti yang diketahui terdapat dua puak iaitu ulamak dan profesional (Erdogan) yang cenderung kepada Anwar.Puak ulamak juga bila dilihat sekarang ini pun berpecah apabila dikatakan unsur-unsur Syiah mula menyusup masuk ke dalam PAS.Cukuplah,dah terlebih ulas pasal PAS pulak dah hanturaya ni.

Setahu hanturaya,masa perbahasan untuk setiap pembahas hanyalah 15minit.Jadi gunakanlah masa tersebut sebaik mungkin dan jangan meleret-leret membodek pemimpin sana-sini hingga mengambil masa pembahas lai.Bincang dan berbahaslah bagaimana untuk menawan dan menarik hati pengundi di luar sana,semoga parti keramat UMNO akan kekal relevan sepanjang zaman!

Ayuh STOP R!(Saya Tolak Pakatan Rakyat)


P/S:teringat lagi Nirwana Band
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 28 November 2012

Pesanan Untuk Perwakilan untuk Perhimpunan Agung Umno 2012

Hari ini (28/11/2012) tiga sayap UMNO bersidang iaitu Pemuda,Wanita dan Puteri UMNO jadi ketua sayap masing-masing memberikan ucapan dasar kesinambungan daripada ucapan perasmian oleh Timbalan Presiden UMNO malam tadi.Sungguh bersemangat menyusup ke jiwa mendengar ucapan masing-masing.
Hanturaya teringat pesanan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin semasa ucapan perasmian BN IPT semalam yang mengharapkan agar perwakilan Pemuda tidak meninggalkan dewan selepas ucapan dasar dan semasa usul dan perbahasan kerana mahu tunjukkan komitmen ahli perwakilan pemuda tidak seperti muktamar dewan pemuda PAS yang dikatakan 80% meninggalkan dewan selepas ucapan dasar Ketua Pemuda PAS.Malangnya igauan itu menjadi nyata apabila hantu raya lihat sebahagian besar perwakilan terutamanya perwakilan pemuda dan puteri gemar berlegar-legar di luar dewan persidangan.Ada yang dilihat duduk melepak di Riverside minum-minum,berborak dan menghisap rokok bagaikan naga tidak kurang juga dengan gelak ketawa besar yang riuh menyakitkan telinga yg mendengarnya.Tumpang seronok juga hanturaya mendengar perbualan mereka mengenai perjuangan tapi sedikit sahaja selebihnya tentang projek,awek baru,kereta baru dan tak kurang juga yang bercerita tentang nak jadi calon pilihanraya.Pada mulanya hanturaya dan rakan hanturaya bersangka baik,mereka mungkin penat dan duduk sebentar menghilangkan dahaga tetapi sejam selepas itu pun hanturaya lihat mereka masih lagi disitu.Tertera pada tag yang dipakai tertulis 'PERWAKILAN'!
Yang memakai tag 'PERWAKILAN' ini ada dimana-mana sedangkan dewan sedang bersidang, ada yang memilih baju di kawasan gerai jualan, berborak di Riverside,yang berduit lebih melepak di Pan Pacific dan tak kurang juga yang membeli-belah di The Mall.Di saat blog ini ditulis,kawan hanturaya bernama toyol melaporkan ada perwakilan yang datang dari luar Kuala Lumpur ada yang berlegar-legar di kawasan Bukit Bintang dan juga KLCC semasa persidangan sedang berlangsung!Sejauh mana kebenarannya hanturaya pun tak tahu.
Di sini hanturaya nak ingatkan kepada semua perwakilan hargailah peluang sebagai perwakilan kerana anda semua adalah suara akar umbi yg dipilih di peringkat bahagian masing-masing.Bahaskanlah usul dengan bernas dan berikanlah resolusi-resolusi yang terbaik untuk kepentingan anak-anak bangsa dan perjuangan parti.Anda semua beruntung kerana berpeluang untuk memasuki dewan mendengar ucapan dasar,usul,perbahasan dan juga penggulungan.Hanturaya sendiri tidak berpeluang kerana dikatakan pas pemerhati yang terhad dan untuk orang-orang tertentu sahaja.Buktikanlah kepada rakan-rakan anda di bahagian dan cawangan yang memilih anda ke perwakilan bahawa anda semua memang layak untuk mewakili mereka.Dalam posting ini hanturaya tak mahu meletakkan sebarang gambar untuk tidak memalukan mana-mana pihak.Juga diharapkan kita janganlah seperti ayam jantan yang hanya tahu berkokok di reban sendiri.Selepas persidangan nanti harap laksanakan apa kata sepakat yang telah dicapai!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Intipati Ucapan Dasar @khairykj

Berikut antara intipati ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin sempena persidangan pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
1. Pemuda UMNO adalah pembawa obor perubahan dan perintis menuju kecemerlangan bukan sahaja untuk orang Melayu tetapi juga seluruh rakyat, sejak zaman kolonial hingga hari ini. Pemuda juga sentiasa berada di barisan hadapan.
2. Pemuda UMNO pencetus hasrat generasi muda yang menitikberatkan hak asasi manusia, ketelusan tadbir urus dan kebebasan bersuara tetapi pada masa yang sama tetap memelihara tradisi dan legasi parti.
3. Fungsi Pemuda kini bukan sekadar menjadi kumpulan pendesak tetapi telah menjurus kepada politik khidmat bakti dan politik islah. Oleh sebab itu pendekatan memperkecil dan meminggirkan bakat serta potensi orang muda sudah tidak boleh diguna pakai lagi.
4. Berkat usaha gigih, Pemuda UMNO kini menjadi pencetus gelombang sokongan muda kepada BN. Ini dibuktikan menerusi beberapa siri pilihan raya kecil dan terbaharu menerusi pilihan raya kampus apabila mahasiswa proaspirasi yang menyokong BN memenangi 18 daripada 20 pilihan raya kampus.
5. Pemuda UMNO mencadangkan agar kerajaan melipatgandakan usaha membantu graduan dan orang muda untuk mendapatkan pekerjaan dan membantu mereka yang menghadapi masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran. Skim Latihan 1Malaysia turut dibuka kepada pihak swasta yang bertauliah.
6. Pemuda UMNO mengusulkan agar syarikat yang menjana pekerjaan untuk warga tempatan diberi pelepasan cukai atau geran ahar mereka tidak dikekang masalah kewangan. Ia sekali gus mengurangkan ketergantungan terhadapa pekerja asing.
7. Pemuda UMNO mencadangkan agar prosedur perlepasan kebangkrapan dipermudahkan termasuk mengurangkan tempoh untuk pelepasan hutang, memberi pendidikan pengurusan kewangan serta penangguhan bayaran cukai dan bantuan kewangan kepada golongan berkenaan. Ibi bagi membebaskan golongan muda yang menanggung kemuflisan akibat bebanan hutang.
8. Pemuda UMNO meminta agar kuota khas disediakan untuk keluarga muda dalam semua projek perumahan PR1MA untuk memastikan golongan ini tidak terlepas peluang memiliki rumah.
9. Pemuda UMNO mencadangkan kerajaan menaja sebahagian pemohon Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang datang dari keluarga berpendapatan rendah agar mereka mendapat lesen memandu dengan percuma.
10. Pemuda UMNO kekal berusaha mengenal pasti bakat-bakat dari dalam dan luar organisasi dan mereka akan diasuh serta dibimbing untuk menjadi pemimpin masa depan. PRU-13, bakat-bakat pemimpin baru ini perlu diberi peluang.
11. Bagi melahirkan generasi pelapis, Pemuda UMNO akan menubuhkan akademi khas untuk pergerakan itu yang diberi nama Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI). Akademi itu dicadang ditubuhkan di Sabah.
12. Atas realiti politik masa kini, Pemuda UMNO berhasrat agar peralihan generasi ini bukan sekadar di atas kertas tetapi juga di peringkat parti dengan memberi peluang lebih ramai pemimpin Pemuda dicalonkan pada pilihan raya umum akan datang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.