Teringat hantu raya kepada Menteri Besar Terengganu Dato Seri Ahmad Said pernah melabelkan PAS sebagai PARTI AJARAN SESAT beberapa bulan yang lepas ini kerana tindakan PAS yang sebelum ini melabelkan diri mereka sebagai pejuang Islam dan ingin menegakkan negara Islam yang sememangnya sudah sedia tertegak ini.
Kesesatan PAS lebih terserlah dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyarankan ahli-ahli PAS menangguhkan RUKUN ISLAM yang KELIMA iaitu menunaikan Haji di Mekah semata-mata untuk memberi fokus kepada PRU 13 yang semakin hampir katanya.Hantu Raya disini bukanlah hendak mereka-mereka cerita kerana kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man tersebut disiarkan dalam akhbar lidah rasmi pembangkang.Kenyataan Ketua Penerangan PAS ini disokong pula oleh PAS Kelantan.Apabila kita bercerita tentang rukun Islam maka maksudnya tidak sempurnalah Islam seseorang itu jika tidak menunaikannya melainkan tidak mampu atau keuzuran.PAS disini kelihatan seolah-olah amat terdesak dalam mengejar kuasa,pentingkan duniawi daripada akhirat dan keberkatan Allah.
Hantu Raya menyeru rakan-rakan pembaca sekalian yang selama ini menyokong PAS kembalilah ke jalan yang benar.Sesungguhnya PAS itu bukan ISLAM yang sebenar.Mereka hanya menggunakan ISLAM sebagai modal politik mereka bagi menarik pengundi bagi mengundi mereka.
Apa yang kita lihat selama ini tindakan PAS langsung tidak melambangkan keIslaman mereka malahan menjadi kuda tunggangan kepada DAP dan PKR seperti isu murtad dan arak di Selangor,PAS seolah-olah tidak mampu untuk menegakkan pegangan mereka.Cukup-cukuplah PAS, bertaubatlah!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Memaparkan catatan dengan label abby abadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label abby abadi. Papar semua catatan
Rabu, 13 Jun 2012
Ahad, 20 Mei 2012
Pesanan untuk Abby Abadi- NAK CUCI DOSA JANGAN MASUK PARTI AJARAN SESAT!
Dah jadi trend pulak sekarang ni artis-artis yang suam-suam kuku masuk PAS, yang sebelum ini seperti yang diketahui artis-artis seperti Aishah, Sham Kamikaze dan Pelawok Bob Lokman yang nampak aktif berceramah untuk PAS. Masih terngiang di telinga ni sorang mamat artis tu menyalahkan UMNO/BN pasal anak-anaknya jahil tentang agama walhal dia sendiri yang jahil dan gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa.Hantu Raya memang kesian pada Abby Abadi yang menjanda selepas perpisahan dengan Norman Hakim ibarat layang-layang putus tali dan nampak rezeki dalam lakonan pun berkurang dah.Nantilah aku pinang jadi bini no empat aku HAHAHAHAH. Pesanan kepada semua kalau nak bertaubat dan berubah tu pilihlah jalan yang benar.Kalau sertai parti politik yang bertopengkan Islam tu tak menjaminkan syurga buat kita bahkan boleh menghantar kita ke neraka kerana ditonggeng mereka untuk berceramah menarik pengundi untuk pilihanraya yang bakal muncul ni.Aku tengok PAS sekarang semakin galak menarik "ikon" sertai mereka sebagai satu strategi bagi memancing undi.Bagi artis-artis ni pulak munmgkin sebagai satu platfom bagi mereka menaikkan kembali 'rating' kepopularan mereka yang hampir nak basi tu, mana tau ada peluang jadi calon pilihanraya pulak. Pesanan buat Abby Abadi. Aishah dan artis-artis lain juga kalau dah bertaubat tu pilihlah jalan yang benar,yang duk asyik berceramah 'cari makan' tu cukup-cukuplah buat fitnah, macam mana taubat nak diterima kalau hari-hari bergelumang dengan dosa menabur fitnah. Walaupun aku ni hantu, tapi aku tahu hukum-hakam ajaran Islam yang mana Allah memberi kita akal untuk berfikir. Mari kita lihat video Youtube ni
Langgan:
Catatan (Atom)
