Rabu, 6 Jun 2012

Selangor bakal jadi negeri Pasir Dua Butir

Lama betul hantu raya tak menulis,mengambil kesempatan sempena curi sekolah ni.Dalam kelembapan malam, artikel ini ditulis hantu raya, terkejut membaca kenyataan DS Noh Omar yang menyatakan kesusutan rizab air Selangor yang hanya tinggal 2.4% daripada sepatutnya 20%. Untuk bacaan lanjut sila rujuk http://theunspinner.blogspot.com

Bayangkan apa akan jadi kepada negeri Selangor jika Menteri Besar tidak mengambil tindakan yang sewajarnya.

Selangor merupakan salah satu negeri yang menjadi tunjang ekonomi negara yang mana banyak industri perkilangan bertapak di sini.
Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga hari ini masih menangguhkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Kerajaan PR Selangor selalu melaungkan kerajaan yang berhemah melalui 'Penasihat' Ekonomi RM 1 yang mana mereka menyatakan rezab kerajaan Selangor meningkat sejak mengambil alih daripada kerajaan sebelum ini.

Ternyata penasihat RM 1 itu memang tidak berguna satu sen pun di samping mereka terpaksa menyara seekor 'tenuk' CEO Pejabat Penasihat Ekonomi yang bergaji puluhan ribu ringgit yang hanya bermain retorik politik semata tanpa memikirkan apa akan jadi kepada nasib rakyat Selangor.

Adakah kerajaan seperti ini yang akan dipilih oleh rakyat untuk mentadbir negara sedangkan masalah di satu negeri pun tidak boleh diselesaikan?

Harus diingat berjanji itu memang senang tapi adakah boleh dikotakan janji tersebut?Pesanan Hantu Raya kepada semua bakal pengundi PRU13, ikut hati mati,ikut nafsu lesu, undilah yang terbaik,berubahlah sebelum rebah!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan