Ahad, 2 Februari 2014

Surat Terbuka untuk Pimpinan PKR Selangor

Pengkhianatan Yahudi terhadap perjanjian bersama Nabi Muhammad S.A.W yang bermula dengan “perancangan belakang tabir”:

a) Peperangan bani Nadhir, berpunca apabila pihak Yahudi melakukan perancangan belakang tadbir untuk mengkhianati perjanjian atau persepakatan dengan Islam. Mereka juga turut merancang komplot untuk membunuh Rasulullah S.A.W

b) Peperangan Ahzab, sekali Yahudi Bani Nadhir melakukan perancangan belakang tadbir, apabila bersepakat dengan Musyrikin Mekah, sedangkan di dalam perjanjian dan persepakatan bersama Islam, meletakkan larangan bekerjasama dengan musuh kepada rakyat Madinah.

c) Perang Bani Quraizah juga menyaksikan komplot Yahudi dan Musyrikin Mekah enggan melalui perbincangan dan perancangan belakang tabir mereka bagi membalas dendam terhadap Rasulullah S.A.W lantas mereka mengkhianati persepakatan bersama Islam.

d) Perang Khaibar terjadi kerana ia merupakan markaz atau pusat “perancangan belakang tabir” bagi orang Yahudi. Hasil daripada keputusan markaz ini ialah pengkhianatan terhadap persepakatan mereka bersama Rasulullah S.A.W.

Kita semua sedia maklum tujuan kesepakatan atau pakatan dibuat ialah untuk menolak kezaliman. Ia dibuat bukan tanpa tujuan itu, jika selain tujuan itu maka tidak akan wujudlah kesepakatan atau pakatan (tahaluf) Dan antara syarat tahaluf siyasi ialah “TIDAK MENJADIKAN TAHALUF SIYASI ITU SEBAGAI MATLAMAT, SEBALIKNYA IA HANYA DIJADIKAN SEBAGAI WASILAH ATAU CARA SAHAJA”. Iaitu persepakatan atau pakatan hanya dijadikan sebagai saluran untuk menolak kezaliman, bukan sebagai matlamat perjuangan atau matlamat untuk mendapat kuasa atau untuk kepentingan individu semata-mata.

Apa yang berlaku di Dun Kajang meletakkan jawatan tanpa sebab keuzuran dan memberi laluan kepada DSAI atau pimpinan PKR yang teratas dengan membelakangi syarat persepakatan atau pakatan iaitu menolak kezaliman.

Perbuatan ini telah melanggar syarat persepakatan yang dipersetujui oleh PAS, DAP dan PKR. Apabila perletakan jawatan tersebut secara rasmi, PKR mengumumkan perancangan tersebut tanpa perbincangan dan kesepakatan dengan rakan pakatan lain. Dah buat baru maklum (apakah ada perancangan dibalik tabir?)

Oleh itu Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar bersependapat dengan pendirian Pengerusi Lajnah Politik DPPM Saudara Sany Hamzan dan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Al-Fadhil Ustadz Syarhan Humaizi supaya YB Lee Chin Chee dan PKR sendiri mengemukakan sebab bertulis mengosongkan Dun Kajang.

Sepertimana yang sedia maklum, setiap kali berlakunya PRK khususnya, semua jentera dari Pakatan Rakyat akan mengerahkan ahlinya masing-masing untuk memenangkan kawasan tersebut bagi mengalahkan Barisan Nasional. Sehingga kemenangan Adun Kajang YB Lee Chin Chee ini juga hasil kesepakatan bersama dan hasil tolong-menolong antara ahli-ahli PAS, DAP dan PKR.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SUNGAI BESAR mengingatkan sekiranya permohonan kami iaitu alasan secara bertulis tentang perletakan jawatan Adun Kajang N25 tidak dibuat dalam masa terdekat ini, kami tidak teragak-agak untuk tidak menghantar petugas pemuda, lebih lagi memberi apa-apa sumbangan PRK Dun N25 Kajang.

HORMATILAH PERSEPAKATAN YANG DIPERSETUJUI…

Teguran Rakan Pakatanmu,

MOHD RAZALI BIN SAARI ELBANJARI NO.AHLI 753971 KETUA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SUNGAI BESAR 2013-2015

 PemudaGombak.Com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan