Isnin, 21 Mei 2012

Adam Adli Bertanding dalam PRU?

Adam Adli mahasiswa UPSI yang digantung khabarnya berura-ura hendak bertanding dalam PRU13 nanti di Pulau Pinang ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Solidariti Mahasiswa Malaysia menyatakan bahawa mereka akan meletakkan calon dalam PRU 13 untuk menentang BN sama ada bergabung dengan Pakatan Rakyat atau sebagai calon bebas.

Adakah ini permainan DAP,PKR dan PAS untuk mempermainkan mahasiswa bagi menagih undi simpati dari rakyat? Sekiranya Adam Adli atau calon SMM menang dalam PRU nanti apakah portfolio yang bakal diberikan oleh PR,mungkinkah portfolio pelajaran atau pengajian tinggi kerana seingat Hantu Raya, Adam Adli mahupun mahasiswa SMM hanya ada sijil SPM sahaja, layakkah mereka ini memimpin dan menerajui sesuatu portfolio?

Dan bagaimana pula jika mereka kalah? Adakah harapan untuk mencerahkan masa depan mereka atau akan menjadi budak pembancuh kopi untuk Lim Kit Siang yang sudah berumur Senja?

Jika kakitangan kerajaan atau pun swasta diletakkan sebagai calon untuk bertanding dalam PRU atau PRK, maka mereka perlu meletakkan jawatan, bagaimana pula dengan mahasiswa?

Adakah mereka perlu berhenti belajar dan tidak berstatus mahasiswa?

Di sini Hantu Raya nak menegaskan bahawa rakyat Malaysia tidak memerlukan pemimpin yang bertaraf pemberontak dan tidak berfikiran matang untuk memimpin negara yang tercinta ini.

Pesanan Hantu Raya kepada mahasiswa-mahasiswa yang berminat terjun dalam politik; sila tamatkan pengajian anda dahulu,dapatkan segulung ijazah dan jangan jadi tunggangan kepada pihak-pihak yang tak bertanggungjawab.

Tugas anda adalah untuk membalas jasa-jasa ibu bapa anda. Pemimpin pembangkang tidak pernah keluar walaupun setitik keringat demi memberikan pelajaran kepada anda.




Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan