Selasa, 22 Mei 2012

ANWAR:SENJATA MAKAN TUAN?

KERATAN BERITA DARI NST ONLINE
Hari ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama Azmin Ali dan Chegu Bard mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menyertai protes jalanan Bersih 3. Hantu Raya dimaklumkan bahawa sebutan semula ditetapkan 2 Julai nanti.
Apa yang menarik minat hari ini adalah penglibatan bekas Pendakwaraya kes liwat Anwar terhadap Saiful Bukhari iaitu Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, tampil dan bertindak sebagai peguam Anwar dlm kes cetus rusuhan Bershit 3.

Dengan kehadiran Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden sebagai peguambela Anwar hari ini maka penyokong-penyokong PR mendabik dada kerana kononya beliau telah menyertai PR seterusnya memberi kredit kepada mereka dalam menggulingkan BN/UMNO. Disini Hantu Raya ingin menyorot kembali keputusan kes liwat Saiful Bukhari yang mana Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah yang mana perbicaraan tersebut turut melibatkan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden sebagai pendakwaraya kes walaupun beliau menarik diri pada setelah perbicaraan berlangsung. Untuk bacaan lebih lanjut sila baca di sini
Persoalan yang ingin dibangkitkan oleh Hantu Raya ialah mungkinkah wujud satu konspirasi dari awal lagi perbicaraan kes liwat tersebut?
Adakah wujudnya hubungan secara langsung atau tidak langsung antara Anwar dan juga Mohd Yusof sebelum ini iaitu semasa kes perbicaraan liwat berlangsung?
Pandangan peribadi Hantu Raya disini keghairahan PR untuk menggulingkan kerajaan BN/UMNO kadangkala menjerat diri sendiri. Begitu juga golongan oportunis menyertai PR yang mungkin bercita-cita untuk menjadi calon PRU13 kadangkala memberikan impak yang tidak baik kepada PR itu sendiri.

Adehh sakit kepalaku!

P/S: Nak jadi Ketua Hakim Negara

1 ulasan:

  1. Dah terang lagi bersuluh!!!!! Sendiri fikir le Bro!! Bagi umat Islam jangan lupa di akhirat nanti adalah Penghakiman Yang Telus Dan Seadil-adilnya.

    BalasPadam