Ahad, 20 Mei 2012

Muzakarah Pas-Umno MUNGKINKAH ADA UDANG DISEBALIK BATU?

Seperti yang diketahui Musyidul Am PAS TG Nik Aziz selalunya tidak berminat dengan sebarang bentuk idea Muzakarah bersama UMNO.Seingat Hantu Raya Nik Aziz pernah cakap PAS bersedia menerima kerjasama daripada mana-mana pihak asalkan UMNO/BN tumbang.

Pendapat peribadi Hantu Raya baguslah dua parti besar Umno dan Pas hendak bekerjasama demi perpaduan ummah tapi dikhuatiri juga ada niat lain disebalik cadangan muzakarah ni. Benda muzakarah ni bukanlah perkara baru sebelum ni pun mmg dah ada bibit-bibit nak buat muzakarah ni.
Semalam Nik Aziz dengan nada berbeza meletakkan syarat pulak
1)Muzakarah perlu dibuat sebelum PRU13.
2)Kalau nak bersatu dgn PAS, Umno kena tukar dasar kebangsaan secara rasmi kepada Islam
Ada pro-kontra dalam idea muzakarah PAS-Umno ni, yang pertama. Boleh menyatukan umat Islam Melayu khususnya yang sekarang ni terpecah 3 golongan UMNO-PAS-PKR,penyatuan yg boleh mengukuhkan institusi politik negara yang mana pihak luar akan takut dengan pergabungan ni.Kita tidak mahu sejarah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka berulang kerana perselisihan tamakkan kuasa sesama bangsa.Tapi jika dilihat dari sudut lain, PAS seolah-olah mengalihkan isu, untuk menarik undi dikalangan Melayu Muslim yang mana dengan cara ini mengurangkan tekanan dari Umno dan pengundi atas pagar tentang kepincangan PAS seperti lembu dicucuk hidung, ditonggeng ke sana ke mari oleh DAP dan PKR bagi meraih sokongan pengundi Melayu.
Saranan Hantu Raya kalau PAS betul-betul ikhlas nak bermuzakarah dengan UMNO janganlah letak sebarang syarat dan buatlah seberapa segera yang boleh jangan sampai Anwar Ibrahim main peranan mengganggu cadangan ini yang ternyata akan merencatkan sedikit cita-cita beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.Satu soalan ditujukan kepada TG Nik Aziz, kena mintak persetujuan Anwar Ibrahim ke nak buat muzakarah PAS-UMNO ni?Wallahua'lam
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan