Rabu, 13 Jun 2012

Ketamakan Kuasa mendahului agama-PAS tidak mendokong Islam

Teringat hantu raya kepada Menteri Besar Terengganu Dato Seri Ahmad Said pernah melabelkan PAS sebagai PARTI AJARAN SESAT beberapa bulan yang lepas ini kerana tindakan PAS yang sebelum ini melabelkan diri mereka sebagai pejuang Islam dan ingin menegakkan negara Islam yang sememangnya sudah sedia tertegak ini.

Kesesatan PAS lebih terserlah dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyarankan ahli-ahli PAS menangguhkan RUKUN ISLAM yang KELIMA iaitu menunaikan Haji di Mekah semata-mata untuk memberi fokus kepada PRU 13 yang semakin hampir katanya.Hantu Raya disini bukanlah hendak mereka-mereka cerita kerana kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man tersebut disiarkan dalam akhbar lidah rasmi pembangkang.Kenyataan Ketua Penerangan PAS ini disokong pula oleh PAS Kelantan.Apabila kita bercerita tentang rukun Islam maka maksudnya tidak sempurnalah Islam seseorang itu jika tidak menunaikannya melainkan tidak mampu atau keuzuran.PAS disini kelihatan seolah-olah amat terdesak dalam mengejar kuasa,pentingkan duniawi daripada akhirat dan keberkatan Allah.

Hantu Raya menyeru rakan-rakan pembaca sekalian yang selama ini menyokong PAS kembalilah ke jalan yang benar.Sesungguhnya PAS itu bukan ISLAM yang sebenar.Mereka hanya menggunakan ISLAM sebagai modal politik mereka bagi menarik pengundi bagi mengundi mereka.
Apa yang kita lihat selama ini tindakan PAS langsung tidak melambangkan keIslaman mereka malahan menjadi kuda tunggangan kepada DAP dan PKR seperti isu murtad dan arak di Selangor,PAS seolah-olah tidak mampu untuk menegakkan pegangan mereka.Cukup-cukuplah PAS, bertaubatlah!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 ulasan: