Jumaat, 8 Jun 2012

Rasional disebalik 'gimik' Penarikan #PTPTN di UNISEL

Pengerusi PTPTN telah mengumumkan penarikan balik pembekuan pinjaman PTPTN kepada Mahasiswa UNISEL. Mahasiswa bolehlah menarik nafas lega kerana nasib mereka tidak tidak diperjudikan dalam kerakusan PR dalam menarik undi bagi mengekalkan kuasa di Selangor mahupun menang di peringkat Persekutuan.

Sebenarnya pada pendapat Hantu Raya tiada isu disebalik penghapusan/pembekuan PTPTN di Unisel ini jika kerajaan Selangor sekarang memang bersedia menyediakan pendidikan percuma kepada rakyatnya.Dalam konteks Unisel, adalah wajar bagi PTPTN menarik balik pinjaman tersebut kerana yuran adalah percuma.Kerajaan negeri sendiri melalui PR selalu melaungkan pendidikan percuma wajib diberikan kepada rakyat.

Apa yang dilihat sebaik sahaja PTPTN mengumumkan pinjaman dibekukan, Kerajaan Selangor seolah-olah hilang arah sehingga ingin mencairkan aset yang ada bagi menangani 'masalah' ini.Tidak cukupkah lagi penjualan aset-aset Selangor melalui PKNS dan Yayasan Selangor?Dimanakah hasil pasir negeri yang kononnya menguntungkan melalui pengurusan berhemah kerajaan negeri?Rezab kerajaan negeri yang kononnya meningkat bagaimana pula?

Ternyata isu pendidikan percuma yang dilaungkan oleh PR hanyalah satu gimik politik dan niat itu tidak ikhlas untuk dijalankan.PR memang betul-betul tidak bersedia dalam isu ini kerana dilihat tiada penyelesaian dan perancangan yang betul untuk menjalankan pendidikan percuma.

Hantu Raya ingin mengajak pembaca semua berfikiranlah secara matang dan waras.Kepada para mahasiswa sekali lagi disarankan janganlah bertindak membuta-tuli dan jangan jangan biarkan diri menjadi 'tunggangan' mana-mana pihak.Sesungguhnya masa depan negara adalah ditangan anda mahasiswa iaitu pemimpin kita di masa hadapan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 ulasan: