Khamis, 29 November 2012

@najibrazak @khairykj UMNO terus dan kekal relevan

Salam 1 Malaysia!

Pagi ini (29/11/2012) jam 9.30 pagi berlangsung ucapan dasar Preseiden UMNO Dato' Sri Najib Tun Razak tanda persidangan sesi 2012 akan bermula setelah persidangan perwakilan tiga sayap UMNO berlangsung semalam.

Bagi hanturaya, selaku parti memerintah UMNO perlu terus bergerak kehadapan tanpa perlu berundur tetapi sekali-sekala perlu melihat ke belakang.Gendang pilihanraya telah lama dipalu hanya menunggu masa yang sesuai.PRU 13 dikatakan sebagai 'mother of all election' kerana kali ini pihak pembangkang bukan untuk menafikan 2/3 majoriti tapi untuk menukar kerajaan.Tugas sebagai orang umno adalah untuk menafi dan menangkis segala tohmahan dan fitnah pembangkang.

Dalam perbahasan yang akan berlangsung sehingga penggulungan Sabtu ini,hanturaya harapkan UMNO yang digelar GOP atau 'Grand Old Party' ini dapat memberikan gambaran sebagai parti yang matang dan masih relevan kepada rakyat Malaysia.Kurangkanlah celaan,makian dan juga tohmahan terhadap parti lawan semasa ucapan perbahasan.Fokuskan apa yang akan dilakukan untuk menjamin masa depan anak-anak bangsa.Berbahaslah hingga mendapat resolusi-resolusi dan juga formula yang terbaik.Yakinkan rakyat di luar PWTC yang bukan dikalangan ahli UMNO/BN untuk menarik minat mereka menyertai UMNO/BN dan seterusnya mengundi BN semasa PRU13.

Bersatu,Bersedia,Berkhidmat


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan