Rabu, 28 November 2012

Pesanan Untuk Perwakilan untuk Perhimpunan Agung Umno 2012

Hari ini (28/11/2012) tiga sayap UMNO bersidang iaitu Pemuda,Wanita dan Puteri UMNO jadi ketua sayap masing-masing memberikan ucapan dasar kesinambungan daripada ucapan perasmian oleh Timbalan Presiden UMNO malam tadi.Sungguh bersemangat menyusup ke jiwa mendengar ucapan masing-masing.
Hanturaya teringat pesanan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin semasa ucapan perasmian BN IPT semalam yang mengharapkan agar perwakilan Pemuda tidak meninggalkan dewan selepas ucapan dasar dan semasa usul dan perbahasan kerana mahu tunjukkan komitmen ahli perwakilan pemuda tidak seperti muktamar dewan pemuda PAS yang dikatakan 80% meninggalkan dewan selepas ucapan dasar Ketua Pemuda PAS.Malangnya igauan itu menjadi nyata apabila hantu raya lihat sebahagian besar perwakilan terutamanya perwakilan pemuda dan puteri gemar berlegar-legar di luar dewan persidangan.Ada yang dilihat duduk melepak di Riverside minum-minum,berborak dan menghisap rokok bagaikan naga tidak kurang juga dengan gelak ketawa besar yang riuh menyakitkan telinga yg mendengarnya.Tumpang seronok juga hanturaya mendengar perbualan mereka mengenai perjuangan tapi sedikit sahaja selebihnya tentang projek,awek baru,kereta baru dan tak kurang juga yang bercerita tentang nak jadi calon pilihanraya.Pada mulanya hanturaya dan rakan hanturaya bersangka baik,mereka mungkin penat dan duduk sebentar menghilangkan dahaga tetapi sejam selepas itu pun hanturaya lihat mereka masih lagi disitu.Tertera pada tag yang dipakai tertulis 'PERWAKILAN'!
Yang memakai tag 'PERWAKILAN' ini ada dimana-mana sedangkan dewan sedang bersidang, ada yang memilih baju di kawasan gerai jualan, berborak di Riverside,yang berduit lebih melepak di Pan Pacific dan tak kurang juga yang membeli-belah di The Mall.Di saat blog ini ditulis,kawan hanturaya bernama toyol melaporkan ada perwakilan yang datang dari luar Kuala Lumpur ada yang berlegar-legar di kawasan Bukit Bintang dan juga KLCC semasa persidangan sedang berlangsung!Sejauh mana kebenarannya hanturaya pun tak tahu.
Di sini hanturaya nak ingatkan kepada semua perwakilan hargailah peluang sebagai perwakilan kerana anda semua adalah suara akar umbi yg dipilih di peringkat bahagian masing-masing.Bahaskanlah usul dengan bernas dan berikanlah resolusi-resolusi yang terbaik untuk kepentingan anak-anak bangsa dan perjuangan parti.Anda semua beruntung kerana berpeluang untuk memasuki dewan mendengar ucapan dasar,usul,perbahasan dan juga penggulungan.Hanturaya sendiri tidak berpeluang kerana dikatakan pas pemerhati yang terhad dan untuk orang-orang tertentu sahaja.Buktikanlah kepada rakan-rakan anda di bahagian dan cawangan yang memilih anda ke perwakilan bahawa anda semua memang layak untuk mewakili mereka.Dalam posting ini hanturaya tak mahu meletakkan sebarang gambar untuk tidak memalukan mana-mana pihak.Juga diharapkan kita janganlah seperti ayam jantan yang hanya tahu berkokok di reban sendiri.Selepas persidangan nanti harap laksanakan apa kata sepakat yang telah dicapai!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan